Saturday 9 April 2011

Menurut Alonso : Ferrari bakal hadapi tempoh sukar.


ADA nada bimbang diluahkan bekas juara dunia dua kali, Fernando Alonso mengenai kemampuan jentera Ferrari serta peluangnya menjelang sesi kelayakan hari ini pada saingan Grand Prix F1 Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang selepas gagal mencatatkan masa terbaik pada dua sesi latihan bebas, semalam.
Pelumba Sepanyol itu sekadar mencatat masa 1 minit 40.601 saat pada sesi pertama serta 1:38.583s pada sesi kedua untuk menduduki tempat kesembilan pada kedua-dua sesi itu.

“Selepas melalui kedua-dua ujian hari ini, nampaknya kami bakal melalui tempoh sukar minggu ini. Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk merapatkan jurang dengan pasukan lebih pantas.
“Hari ini (semalam), segala-galanya nampak tidak kena dan kami bergelut untuk mencari keseimbangan kereta.

“Banyak faktor menjadi penentu dalam usaha merebut petak depan. Meskipun mempunyai jentera yang laju, ia masih belum mencukupi apabila beraksi di litar seperti ini dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Jelas Alonso, meskipun Ferrari dilihat lebih pantas pada perlumbaan pembuka tirai di Australia, masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki.
“Kami tidak cukup pantas untuk meraih kemenangan serta menduduki petak depan pada awal saingan ini namun ia tidak bermakna kami sudah menyerah kalah.

“Kami perlu menghadapi apa saja rintangan pada minggu ini. Beberapa hari lalu iaitu sebelum bermulanya sesi kelayakan serta perlumbaan sebenar, hujan lebat.

No comments:

Post a Comment