Sunday 10 April 2011

mahu perbaiki prestasi



Ong Beng Hee berharap penyertaannya pada Kejohanan Skuasy Individu Asia yang bermula pada 26 hingga 30 April di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Pulau Pinang mampu melonjak prestasi hambarnya sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, banyak faktor seperti tahap kesihatan dan kecederaan yang boleh menghalang pemain ini dalam usaha memperbaiki prestasi dan juga ranking dunia. 

“Apa pun boleh berlaku. Tahun lepas saya mengalami keracunan makanan sepanjang beraksi di Sukan Asia Guangzhou sehingga kehilangan berat badan :dan kecergasan tidak be:rada di tahap sebenar. 

“Di tambah pula dengan kecede:raan belakang yang dialami awal tahun ini sekali gus menjejaskan permainan,” katanya selepas undian Kejohanan Skuasy Individu Asia, di Bukit Jalil, semalam. 

Dua kejohanan yang disertainya tahun ini (Terbuka Kuala Lumpur (KL) CIMB dan JP Morgan) tidak membuahkan hasil memberangsangkan apabila tewas seawal pusingan pertama dan kali terakhir beliau merangkul kejuaraan adalah di Terbuka Chennai pada Mac 2010. 

Mengulas mengenai undian pada kejohanan di Pulau Pinang itu, Beng Hee yang mendapat bye pada pusingan pertama tidak meletakkan sasaran tinggi untuk ke final kerana tumpuan perlu diberikan pada perlawanan sebelum. 

“Cabaran sudah tentu datang daripada pemain India Saurav Ghosal, tetapi saya tetap perlu berhati-hati dengan pemain Kuwait, Abdullah Khalid yang sedang meningkat naik dan berbakat. 

“Begitu juga dengan Farhan Mehboob dari Pakistan kerana saya pernah tewas kepadanya di Sukan Asia tahun lalu,” katanya. 

Beng Hee dijangka bakal bertemu Farhan di separuh akhir dan jika menang pertaruhan itu, dia diramal bertemu Ghosal yang menewaskannya di Terbuka KL Mac lalu di final. 

:Sementara itu, Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, kita mendominasi kategori lelaki dan wanita sejak 2000 berpeluang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di perlawanan akhir wanita. 

“Kita menjangkakan Datuk Nicol Ann David dan Low Wee Wern bertemu di final dengan Nicol sekali mampu mempertahankan kejuaraan untuk kali kesembilan berturut-turut. 

“Tidak mustahil Beng Hee mampu mengulangi pencapaian sama kerana beliau satu-satunya pemain yang mencatat kemenangan empat kali berturut-turut pada 2000 hingga 2006,” katanya.

No comments:

Post a Comment