Monday 11 April 2011

Jazeman bakal ke Pusingan Pembuka Tirai Kejohanan F3 Britain Di Monza, Itali



SEPANG, 11 April - Pelumba berbakat Jazeman Jaafar tidak sabar untuk kembali ke litar bagi menghadapi pusingan pertama kejohanan lumba kereta siri antarabangsa F3 Britain di Monza, Itali, minggu depan.Pelumba berusia 19 tahun itu telah selesai menjalani ujian pra musim selama dua hari di Litar Snetterton di Norfolk, England, minggu lepas bagi menghadapi musim baru 2011.Pada musim keduanya dalam siri itu, Jazeman, yang mewakili pasukan Carlin Dallara-Volkswagen, memandu dengan selesa untuk menduduki 10 tempat teratas pada sesi rasmi ujian masa itu."Matlamat saya ialah sentiasa menjuarai perlumbaan. Saya mengakui saingan sengit tetapi saya komited, ghairah dan berazam untuk berjaya," kata pelumba dari Kuala Lumpur itu kepada Bernama baru-baru ini.Katanya sebagai pelumba beliau ingin mencapai kemuncak iaitu berlumba pada Formula 1 dan kejohanan F3 merupakan medan latihan yang sesuai untuk membuktikan kemahiran dan bakat.Jazeman, yang disokong oleh Petronas dan berpangkalan di United Kingdom, berada di sini sebagai tetamu Petronas dan pasukan F1 Mercedes GP Petronas bagi menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia semalam.


No comments:

Post a Comment