Monday 11 April 2011

Hup Wei diganti oleh Nauraj


KUALA LUMPUR - R. Nauraj Singh menjadi pilihan kedua untuk meneruskan misi mempertahankan emas acara tersebut pada Sukan SEA tahun ini, jika atlet pilihan pertama Lee Hup Wei tidak berupaya mencatat lompatan lebih tinggi.
Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, Hup Wei memerlukan rehat enam bulan bagi memastikan kesan pembedahan pada kaki akibat kecederaan lama mampu pulih sepenuhnya.
Tambahnya, KOAM memilih Nauraj berdasarkan prestasi konsisten atlet muda itu, di samping mempunyai rekod lompatan peribadi terbaik dengan ketinggian 2.13 meter.
"Kami mengambil langkah ber waspada dengan meletakkan Nauraj sebagai pengganti jika berlaku perkara yang tidak diduga semasa Sukan SEA nanti.
"Ia juga menunjukkan KOAM mempunyai pilihan sekiranya Hup Wei tidak terdaya melakukan lompatan yang lebih baik,'' kata Karim.
Hup Wei menjalani pembedahan buku lali kiri hujung bulan lalu dan doktor mengesahkan atlet terbabit hanya boleh menjalani latihan selepas September, kurang dua bulan sebelum bermula Sukan SEA 2011.
Karim turut berharap prestasi Hup Wei berada pada tahap terbaik apabila pulih sepenuhnya nanti, selain dapat menjalani latihan tanpa sebarang masalah.
"Hup Wei layak ke Sukan SEA secara merit dan KOAM percaya atlet itu mampu memberikan saingan di Indonesia nanti,'' katanya.

No comments:

Post a Comment