Sunday 10 April 2011

Ferguson nafi tendangan penalti



SIR Alex Ferguson menafikan penalti minit akhir Chelsea demi menyelamatkan kemenangan tipis 1-0 Manchester United (United) pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara. 

United mula menyerang pada babak pertama perlawanan apabila Wayne Rooney menghadiahkan jaringan permbukaan untuk meletakkan United di depan. 

Walaupun, penalti tersebut nampak jelas dan tidak boleh dinafikan namun, Ferguson memberikan penjelasan sebaliknya. 

“Jujur saya katakan, ia seperti dibuat-buat oleh pemain sendiri. 

“Banyak tuntutan penalti dibuat dan saya rasa pemain sangat hebat dalam melakukan hal tersebut,” katanya. 

Selain itu, Fergie turut memuji aksi hebat Rooney kerana menyelamatkan pasukan sekali gus, memberikan kelebihan buat United. 

“Wayne hebat dan memberikan kelebihan buat pasukan untuk ke separuh akhir. 

“Kerja yang dia lakukan sangat bagus dan dia bermain dengan baik sekali. Tidak mudah mengaku kalah dan menunjukkan keberanian dalam bermain,” katanya.

No comments:

Post a Comment