Sunday 10 April 2011

Cardiff City dibantu untuk martabatkan bola sepak


KUALA LUMPUR 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kelab 1Malaysia Cardiff City (1MCC) dalam usaha memartabatkan lagi sukan bola sepak tanah air.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan mengikut kemampuan kepada 1MCC dalam mencapai hasrat tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Liga Bola Sepak 1MCC Liga Bola Sepak Junior Bawah 12,14 dan 16 tahun di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment