Saturday 9 April 2011

Button hendak tamatkan penguasaan pasukan Red Bull hari ini

SEPANG - Pelumba Britain, Jenson Button percaya pasukannya, McLaren mempunyai peluang terbaik untuk bersaing dengan Red Bull selepas menamatkan sesi kelayakan di petak keempat menjelang perlumbaan Grand Prix Malaysia hari ini.
Juara dunia 2009 itu hanya kurang 0.3 saat di belakang pemandu petak utama, Sebastian Vettel daripada Red Bull, sementara rakan sepasukan McLaren, Lewis Hamilton di petak kedua, kurang 0.1s di belakang Vettel.
Button, 30, berharap tidak berlaku sebarang masalah ketika permulaan perlumbaan supaya dia mampu untuk memberi saingan dengan pelumba Red Bull.
"Ia seolah-olah bakal memperlihatkan perlumbaan yang sengit, kami sudah semakin hampir dengan Red Bull jadi saya rasa ramai yang akan menjangkakan satu perlumbaan yang menarik.
"Pada perlumbaan awal musim di Melbourne kami bermula dengan kurang cemerlang. Saya berharap dapat beraksi dengan lebih baik, kami mempunyai sistem hibrid KERS yang baik, jadi saya rasa ia dapat membantu kami terutama sekali di selekoh pertama.
"Saya sudah bersedia untuk beraksi esok (hari ini), cuaca juga agak baik berbanding dua hari sebelum ini. Perlumbaan akan berlangsung dalam litar yang kering, kami sudah tentu mampu untuk merampas penguasaan Red Bull," kata Button. - AFP

No comments:

Post a Comment