Monday 11 April 2011

Bangunan 15 Tingkat jadi Vanue Urusetia Sukan Sea

KUALA LUMPUR, 11 April - Sumatera Selatan yang akan menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA ke-26 November ini telah menyediakan pejabat sekretariat dan pusat penyiaran kejohanan di bangunan 15 tingkat di Kompleks Sukan Jakabaring di Palembang.
Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) berkata pembinaan bangunan tersebut yang akan menempatkan sekretariat daripada 11 negara peserta yang bertanding sudah hampir siap.Ketua pejabat KONI Sumatera Selatan, Muddai Madang dipetik akhbar Jakarta Post pada Isnin sebagai berkata. bangunan itu sebenarnya milik Bank Sumsel Babel tetapi pihak pemerintah Palembang bersetuju untuk membenarkan sekretariat Sukan SEA menggunakannya sebelum ia dijadikan bangunan pejabat biasa.Muddai berkata semua negara peserta akan mempunyai pejabat di tingkat empat bangunan tersebut."Pusat penyiaran Sukan SEA akan ditempatkan di tingkat lima sementara sidang akhbar dan mesyuarat pegawai akan diadakan di tingkat pertama. Kami juga sedang menyediakan kemudahan internet dan tempat makanan untuk keperluan para wartawan," katanya.Beliau berkata pembinaan bangunan itu hampir 90 peratus siap dan boleh digunakan sebelum kejohanan bermula.Palembang dan Jakarta sama-sama menjadi hos Sukan SEA ke-26 dari 11 hingga 25 Nov.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment