Saturday 9 April 2011

Ancelotti belum panik

LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan, kelmarin bahawa masa depannya di kelab itu tidak bergantung kepada keputusan suku akhir Liga Juara-juara Eropah menentang Manchester United. 

Saya tidak fikir keputusan menge­nai masa depan saya di kelab bergantung sama ada saya memenangi Liga Juara-juara atau tidak,” katanya.


“Kelab ini mengenali saya dengan baik, mengenali perwatakan saya, dan mereka akan mengambil keputusan berdasarkan itu.
“Sehingga kini, sokongan yang diberikan saya adalah 100 peratus. 

Saya tidak menghadapi masalah dengan itu.” 

Juara liga itu berdepan prospek menamatkan musim dengan tangan kosong selepas ketinggalan 1-0 pada timbal balik pertama ke United di Stamford Bridge, Selasa lalu yang menyaksikan mereka turut mengekori 11 mata dalam Liga Perdana Inggeris. 

Sementara itu, Ancelotti mempertahankan penyerang £50 juta (RM250 juta) Fernando Torres apabila berkata: “Ini bukan saat baik buat Fernando. Tetapi dia tetap berkeyakinan tinggi dan memiliki sokongan daripada pengurus dan rakan sepasukan,” kata Ancelotti. - AFP

No comments:

Post a Comment